Bahagian Pentadbiran Kampus UiTM Jasin

Pengenalan

Bahagian Pentadbiran bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan sokongan kepada semua staf. Pejabat ini diketuai oleh penolong pendaftar kanan.Berikut merupakan antara staf pengurusan yang berada dalam bahagian ini.Antaranya ialah penolong pendaftar kanan,pegawai eksekutif,setiausaha pejabat,pembantu tadbir,pegawai khidmat pelanggan,pembantu operasi dan pemandu.

Objektif

Menyediakan staf UiTM berkelayakan berdasarkan skim-skim perkhidmatan yang berkuatkuasa:-

  • Meningkatkan kompetensi staf UiTM melalui latihan dan program pembangunan sumber manusia
  • Mengurus hal ehwal perkhidmatan staf UiTM selaras dengan dasar dan peraturan UiTM dan kerajaan Malaysia
  • Menyelenggara rekod UiTM yang mudah rujuk
  • Menyediakan khidmat sokongan UiTM Melaka yang mesra pelanggan

Falsafah

Pejabat Pentadbiran mendukung falsafah UiTM iaitu seorang individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.

Misi

Pejabat Pentadbiran beriltizam menyempurnakan misi UiTM untuk:-

  • Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran Bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Visi

Pejabat Pentadbiran berwawasan merealisasikan Visi UiTM untuk:-

  • Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.